Pada postingan kali ini ane cuman ingin mengimpretasikan ulang ijtihad ulama dulu, karena masalah seperti ini sudah di bahas oleh ulama' ulama' kita yang pakar dalam bidangnya ;
1. Menyentuh mushaf al-Quran
- Ijmak mazhab empat,
mengatakan haram untuk menyentuh al-Quran. Rujuk kitab
b.
الكلم الطيب فتاوى العصرية لفيضيلة الشيخ الدكتور علي جمعة (ini disalin terus dari web, pastinya ada kesilapan
dalam penyusunan tulisan arab, maaf), halaman 8.
- · Juga boleh dirujuk kalam
Syaikhul Islam Imam Nawawi,
di dalam Majmuknya, juz 2, halaman 82.
Terjemahan halaman
tersebut kurang lebihnya sebagai berikut:
Kitab Tafsir al-Quran jika al-Quran padanya lebih
banyak, seperti kitab-kitab gharib al-Quran, maka haram menyentuhnya dan
mengangkatnya, padanya hanya satu pendapat sahaja (secara sepakat). Begitulah
yang disebut oleh Imam Almawardi dan selainnya dan dinaqalkan oleh Arruyani
daripada Ashab.
Dan jika tafsirnya lebih banyak dan itulah kebiasannya,
maka terdapat beberapa wajah. Pendapat paling sahih adalah tidak haram, karena ia bukan mushaf, dan inilah yang telah
diqat’ikan oleh syaikh Addarimi.
2. Membaca al-Quran
a. Sesungguhnya Nabi SAW membaca dalam semua hal kecuali ketika dalam keadaan
junub seperti hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina ‘Ali : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقرئنا القرآن على كل حال إلا أن يكون
جنبا.
b. Berkata Aimmah Arba’ah : Janganlah membaca al-Quran dengan niat ibadah
sedangkan kamu dalam keadaan junub.
c. Namun ada sedikit khilaf pada mazhab maliki beza antara orang yang junub
dengan haid. Karena jika junub kita boleh mandi tetapi jika haid kita kena
tunggu habis dulu. Maka mazhab Maliki membenarkan membaca dengan syarat untuk
mengulang supaya hafalan tidak hilang. Itu sahaja.
d. Keluar dari khilaf adalah lebih baik. Jika niat ibadah tidak boleh sama
sekali. Hanya niat untuk tidak lupa hafalan. Jika mahu memulakan hafalanpun
tidak dibenarkan. Membaca disini adalah bermaksud membaca dengan murad hafalan
yang lama bukan hafalan yang baru.
3. Ijmak bermakna, kesepakatan para mujtahidin dari
Ummat Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pada sesuatu zaman, dalam satu
hukum syar’i. Adapun berlaku percanggahan/perbedaan selepas itu di kalangan mujtahidin lain, ia dikira sebagai
satu pendapat yang pelik (syadz) yang tidak membatalkan sama sekali ijmak
tersebut. Ini karena satu lagi kaedah feqh menyebutkan, Al-ijtihad la yunqadhu bil ijtihad iaitu ijtihad
seseorang mujtahid itu tidak akan terbatal dengan ijtihad lain. Apalagi lagi pendapat yg berbentuk picisan seperti yg
dinaqalkan daripada Dr Qaradhawi (hafizahullah) dan Nasr Al-Albani (moga Allah
ampunkannya). Bukan permasalah valid atau tidak, tetapi itu adalah pendapat
mereka yang bertaqlid pula kepada pendapat Ibn Hazm (rahimahullah), yang tidak
dapat menolak kesepakatan yang telah ada.
Tambahan :
Berdasarkan mazhab syafie dibenarkan membaca al-quran
dengan niat zikir semasa berhadas besar waimma haid nifas junub wiladah. Kalau
niat baca al-quran maka ianya haram. Maka timbul pula persoalan boleh ke jika
kita baca Surah al-Baqarah yg panjang tu tapi kita tidak menganggap membaca
al-Quran. Kalau setingkat qulhuwallah atau ayat kursi tidak mengapalah sebab
kita biasa lakukan sebagai zikir.
Maka permasalahan ni kembali kepada si pembaca. Jika
tidak boleh maka haram. Jika boleh dia memalingkan niat kepada zikir maka la
ba’sa /boleh (istilah orang Mesir ma fisy
hagah).
Kesimpulan :
Secara ringkas, haram bagi seorang wanita yang haid
membaca al-Quran dengan niat tilawah dan haram baginya untuk menyentuh al-Quran
berdasarkan kepada dalil-dalil al-Quran, hadith dan kata-kata para Fuqaha’
terdahulu.
1 komentar:
dzikir2 dg bacaan Al-Qur'an yg tlh dihafal, agr tetap dekat dg Allah utk mencegah godaan syetan. Banyak kejadian para muslimah yg kesurupan (kemasukan jin) pd saat haidh, krn mrk lupa dzikir kps Allah.
Posting Komentar
Silahkan menuliskan komentar dulur pada opsi Google/Blogger untuk dulur yang memiliki akun Google/Blogger.
Silahkan pilih account yang sesuai dengan blog/website dulur (LiveJournal, WordPress, TypePad, AIM).
Pada opsi OpenID silahkan masukkan URL blog/website dulur pada kotak yang tersedia.
Atau dulur bisa memilih opsi Nama/URL, lalu tulis nama dulur dan URL blog/website dulur pada kotak yang tersedia.
Jika dulur tidak punya blog/website, kolom URL boleh dikosongkan.
Gunakan opsi 'Anonim' jika dulur tidak ingin mempublikasikan data dulur. (sangat tidak disarankan). Jika komentar dulur berupa pertanyaan, maka jika dulur menggunakan opsi ini tidak akan ditanggapi. Afwan , salam Ukhuwah.
Sunni Muda
----------------------------------